Keistimewaan negara mesir
IPS
DimasLol478
Pertanyaan
Keistimewaan negara mesir
2 Jawaban
-
1. Jawaban Meutiajovi
- Termasuk salah satu peradaban kuno dunia.
- Memiliki iklim panas yaitu gurun.
- Termasuk salah satu 7 keajaiban dunia yaitu Piramida Giza. -
2. Jawaban ElsaFebria
keistimewaan negara mesir adalah 1) Dari sudut politik
Selepas berlakunya peristiwa bersejarah Revolusi Mesir pada 25 Januari 2011, telah tamatlah pemerintahan kuku besi rejim Hosni Mubarak, dan sekarang Mesir selamat dan aman dibawah pemerintahan Presiden Mohd Mursi. Mohd Mursi adalah salah seorang daripada presiden dunia yang manghafal 30 juzuk al Quran. Beliau merupakan bekas pelajar Universiti Zagazig dan merupakan bekas professor di pelbagai universiti di Amerika dan juga Universiti Zagazig dalam jurusan kejuruteraan.
2) Sejarah Islam
masyarakat arab Mesir
• Mesir merupakan bumi anbiya’. Antara nabi-nabi yang pernah tinggal di Mesir ialah Nabi Musa a.s., Nabi Yusuf a.s, Nabi Harun a.s, Nabi Solleh a.s, Nabi Daniel a.s dan Nabi Khidir a.s. Salah seorang isteri Nabi Muhammad S.A.W. juga berasal dari Mesir iaitu Maryam al-Qibtiyah. Ramai daripada keturunan Nabi Muhammad berada di Mesir termasuklah Saidina Hussein, cucu baginda S.A.W. Imam Mazhab kita juga, iaitu Imam al-Syafiee berasal dan dimakamkan di Qaherah, Mesir. Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah Al-Qaradawi adalah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkemuka di dunia Beliau adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia.
• Antara tempat bersejarah yang masyhur dan banyak pengajarannya di Mesir adalah seperti Bukit Tursina (tempat munajat Nabi Musa dan merupakan tempat yang dimakbulkan doa, juga antara tempat yang disarankan oleh Rasulullah untuk dilawati selepas Mekah, Madinah, dan Palestin), tempat pertemuan laut dan sungai di Dumyat (kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa) dan lain-lain.
Oleh yang demikian sebagai pelajar yang sudah mempunyai peluang belajar di Bumi Barakah ini, kita diseru untuk mengambil hikmah dan pengajaran yang terdapat di Mesir ini.
3) Peradaban dunia
Mesir merupakan tamadun terawal di dunia. Peradaban bangsa Mesir sangat bergantung kepada kesuburan sungai Nil . Sungai Nil dikatakan tidak akan pernah kering dan banjir. Bangsa Mesir telah menetap di lembah Nil kerana suburnya kawasan ini dengan limpahan air yang sentiasa mengalir sehinggakan mereka boleh memanfaatkan tanah dengan kemudahan air yang telah diperolehi daripada sumber pengairan sungai yang tidak bergantung kepada musim hujan.Mesir juga terkenal dengan mercu tandanya iaitu piramid yang tersenarai dalam 7 Keajaiban Dunia.
4) Pendidikan
Universiti Al-Azhar merupakan universiti tertua di dunia. Al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan profesional Islam yang sering menggegarkan dunia jahiliyyah. Segala permasalahan masyarakat dapat ditangani oleh mereka secara syura. Akibatnya pihak musuh sentiasa merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan Al Azhar. Semakin hari Al-Azhar semakin berkembang dan semakin ramai tokoh pemikir Islam yang sejati dilahirkan. Antaranya Dr. Yusuf al-Qardhawi, Dr Omar Hashim, Dr Sayyid Ahmad Musayyar, Dr Musa Syahin Lashin, Dr Ali Jumaah, Dr. Husin Husin Syuhatah dan ramai lagi. Ramai cendekiawan-cendekiawan Mesir menerima anugerah ‘nobel prize’.
kaya dengan pelbagai majlis ilmu
Pengenalan Zagazig
Zagazig merupakan ibu kota bagi Syarqiah. Menurut penduduk setempat asal nama Zagazig dari sejenis ikan iaitu “Zagzug” yang banyak terdapat di sini ketika dahulu tetapi sumber yang lebih kuat, ianya diambil daripada nama pengasas Kafr Zagazig iaitu Sayyid Ahmad Zagzug Al Kabir sebelum kedatangan Sir Mohamad Ali dan keturunannya yang masih terdapat di bumi Zagazig sehingga kini. Penduduk di Zagazig adalah seramai kira-kira enam juta orang.
Zagazig yang damai dan menghijau
Lambang kemegahan Syarqiah ialah kuda putih, melambangkan kedudukannya sebagai pengeluar baka kuda arab terbaik bukan sekadar di Mesir bahkan benua Arab.
Antara kebanggaan penduduk zagazig adalah kerana Presidennya berasal daripada negeri ini. Selain itu, diceritakan di Zagazig merupakan tempat tinggalnya Nabi Yusuf a.s yang terkenal dengan ketampanannya. Mengikut sumber-sumber yang dipercayai, keturunan Nabi Yusuf a.s masih berada di negeri ini, oleh itu penduduk Zagazig dikatakan mempunyai wajah yang tampan dan cantik berbanding penduduk-penduduk negeri lain.
Masjid Fatah dan Sungai Nil yang menjadi kebanggaan komuniti Zagazig
Justeru, Persatuan PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) mengalu-alukan kedatangan pelajar baru ke Zagazig. Penulis yakin dan percaya keluaran bumi Mesir mampu menjadi benih yang apabila dicampak mampu membuahkan hasil di tempat tersebut. Dengan keistimewaan dan keunikan Mesir yang telah kita ketahui seharusnya dijadikan pedoman dalam hikmah pengembaraan ilmu di Ardhul Kinanah ini. Carilah mutiara ilmu di sebalik debu-debu pasir. Dan diingatkan juga, Mesir merupakan bumi Nabi Musa dan Firaun, ke manakah arah yang kita tujui, ianya terpundak pada diri sendiri.